Skip to main content

Budaya Popular

Demi Lovato Sesali Tindakan Yang Hampir Membawa Maut

demilbefunky-collage.jpg
Baru-baru ini, tular berita mengenai penyanyi terkenal Hollywood, Demi Lovato yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah.

Terbaru, Demi menyatakan bahawa dia amat menyesali tindakannya itu kerana menurut pihak hosipital, nyawanya hampir berakhir akibat pengambilan dadah yang berlebihan.

"Demi amat mencintai kehidupannya dan dia telah bersetuju untuk menjalani rawatan pemulihan, dia akui tidak menyedari keadaannya yang teruk ketika berada di hospital sehingga diberitahu oleh ahli keluarganya sendiri.

"Dia sangat menyesali tindakannya dan mengakui dia akan sentiasa meminta bantuan untuk terus bersemangat menjalani kehidupan," kata sumber.

Demi mulai aktif di industri hiburan Hollywood menerusi siri kartun Barney & Friends ketika usia kecilnya dan semakin popular selepas melancarkan album pertamanya 'Don't Forget' pada tahun 2008.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video