Demi tuntutan watak, pelakon Hafidz Roshdi akui terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak 6 Kilogram (kg) selama sebulan.
Hafidz, 23, berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badannya supaya dia kelihatan lebih kecil untuk watak pelajar sekolah.
"Bagi drama Raisha lakonan utama saya dan Diana Danielle saya perlu menjadi budak sekolah iaitu sebagai pelajar tingkatan 5.
"Demi hendak kelihatan seperti budak sekolah dan atas nasihat pengarah juga saya terpaksa menurunkan berat badan saya dari 65kg ke 59kg.
"Saya ambil masa dalam 3 minggu hingga sebulan sahaja untuk kelihatan lebih kecil.
"Ia memang sangat mencabar untuk menurunkan berat badan sebanyak itu kerana saya hanya minum air sahaja dan terpaksa tidak makan nasi.
"Saya hanya ambil ayam atau protein sahaja. Baru saya tahu macam mana perasaan orang yang perlu diet selama ini dan hanya makan," katanya kepada Astro Gempak.
Bercerita mengenai pelangalaman pertama digandingkan dengan Diana Danielle, Hafidz memberitahu mudah untuk mewujudkan chemistry diantara mereka.
"Dalam masa dua tiga hari kami dah boleh dapat mencari keserasian bersama dan Diana sangat membantu untuk menjayakan watak masing-masing.
"Dia pun beritahu saya dia sudah lama tidak berlakon, jadi nak dapatkan momentum tu agak susah juga," katanya lagi.
Raisha bakal menemui penoton di TV3 menjelang Ramadan ini.
Mengenai perkembangan lain, Hafidz bakal menjalani peggambaran siri Kelip-Kelip Kota London Ramadan ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal