Nama pelakon Zarina Anjoulie sememangnya tidak lari dari kontroversi. Terbaru, Zarina telah mendedahkan dirinya kini sedang diganggu suami orang menerusi beberapa entri di Instagram miliknya.
"Setiap kali kau cuba nak curang dengan isteri kau, aku nak kau ingat bahawa aku lah wanita yang akan hancurkan segala harapan kau dan beri kesedaran yang amat perit," tulisnya.

Ekoran dari kenyataan tersebut, rata-rata netizen telah menyokong kenyataan Zarina di ruangan komen di entri tersebut.
Seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @hannaadin bertanya Zarina sama ada bekas suaminya dahulu turut berlaku curang terhadapnya namun dia menafikan perkara itu.
"Dia setia kepada saya dahulu, cuma dia tak guna!", balas pelakon tersebut.
Zarina pernah berkahwin pada tahun 2015 bersama lelaki warga Brunei, Mohd Ilham Syazwan namun rumah tangga mereka sampai ke titik noktah pada tahun berikutnya.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Zarina Anjoulie