Skip to main content

Budaya Popular

"Dulu Program Realiti, Kini Banyak Artis Viral" - Shiha Zikir Alu-Alukan Kedatangan...

shiha_zi.jpg
Penyanyi Shiha Zikir peka dengan perkembangan industri semasa yang dibanjiri artis yang lahir menerusi laman sosial.

Pernah berada di situasi terbabit ketika awal kemunculannya dalam industri hiburan, pelantun lagu Jagakan Dia ini mengalu-alukan kedatangan penyanyi baru dalam bidang seni tanah air.

"Saya juga pernah menjadi artis baru yang lahir dari program realiti. Ketika itu, ramai yang bercakap mengenai kehadiran penyanyi program realiti yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

"Kini, situasi sama berulang kembali tetapi caranya pula berbeza. Kita dibanjiri dengan kelahiran penyanyi yang datang dari laman sosial seperti YouTube dan Instagram. Ada juga penyanyi yang lahir menerusi aplikasi popular seperti Smule dan Bigo," kata Shiha yang dicungkil bakatnya menerusi program Mentor.



Tidak tercabar dengan kehadiran penyanyi baru, Shiha yang turut dikenali menerusi lagu Pipiyama ini mahu sama-sama memeriahkan bidang seni dengan mencipta produk berkualiti untuk dihadiahkan kepada pendengar.

"Saya tak rasa tercabar, cemburu jauh sekali. Kita sama-sama cari rezeki dalam bidang hiburan, jadi saya sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Dulu ramai artis program realiti, kini ramai pula penyanyi yang viral.

"Apa salahnya kita sama-sama menyemarakkan lagi industri seni dengan produk berkualiti dan lagu yang dapat memberi kesan kepada jiwa pendengar," katanya lagi.



Shiha ditemui di pertandingan Todak x Bigo Star di Setia Alam, baru-baru ini.

Selain Shiha, Pengurus Negara Serantau Bigo, Xiong Jing serta Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri turut hadir di acara terbabit.

Shiha menjadi salah seorang juri yang menghakimi pertandingan nyanyian yang disertai oleh lima peserta akhir yang terdiri daripada famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive.



Dipertandingan terbabit, peserta dari Kedah, Mohd Noor Akmal Kamarudin, 34, yang menggunakan nama akaun Tuan Seminit berjaya merangkul gelaran juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta 50,000 Beans dan Gold Medal.

Kedudukan naib juara pula disandang oleh Isadora yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta 20,000 Beans dan Silver Medal.

Tempat ketiga berpihak kepada Sarah Aqilah yang berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 beserta 5,000 Beans dan Bronze Medal.

Tempat keempat disandang oleh Papa Muda yang turut memenangi kategori Persembahan Terbaik dengan ganjaran wang tunai bernilai RM1,000 dan gadis dari Sabah, Seth berpuas hati di tempat yang kelima.



Terbuka kepada semua famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive, pertandingan telah dibahagikan kepada empat saringan dan pusingan pertamanya diadakan pada 16 hingga 22 Ogos 2019 lalu.

Sementara pada saringan akhir, 60 peratus markah datang dari juri professional dan 40 peratus datang pula dari undian penonton BigoLive.

Selain Shiha, penonton yang hadir turut hiburkan dengan persembahan penyanyi baru yang dilahirkan dari aplikasi Bigo, Razak A’Ai.

Must-Watch Video

Advertisement