Skip to main content

Hiburan

Risau Kecewakan Keluarga, Dai Fuad Akui Pernah Jarang Pulang Ke Kampung - “Saya Segan & Malu Kerana…”

Risau Kecewakan Keluarga, Dai Fuad Akui Pernah Jarang Pulang Ke Kampung - “Saya Segan & Malu Kerana…”

Sekilas

  • Dai Fuad mengakui rasa segan dan malu menjadi punca dia jarang pulang ke kampung kerana takut mengecewakan ibu bapanya.
  • Dia faham impian ibu bapanya yang mahukan kerjaya lebih stabil seperti doktor, jurutera atau peguam sebelum dia memilih industri hiburan.
  • Tahun ini, projek lakonannya mula membuahkan hasil dan memberi kegembiraan kepada keluarga, mengurangkan rasa bimbang mereka.
Advertisement

Pelakon, Dai Fuad mengakui perasaan segan dan malu menjadi antara sebab dia jarang pulang ke kampung halaman untuk bertemu ibu bapanya sebelum ini.

Menurut Dai Fuad, bukanlah kerana melupai asal usul sebaliknya tindakan tersebut adalah kerana bimbang jika dia mengecewakan ibu bapanya.

Advertisement

Ujar pemilik nama Muhammad Fuad Abd Rahman ini, perasaan itu timbul kerana dia dia merasakan dirinya masih belum mampu membanggakan keluarga yang mengharapkan dia mempunyai kerjaya yang lebih menjamin.

“Saya segan dan malu. Pada masa yang sama, saya tak nak letak ekspektasi tinggi. Saya takut saya kecewakan mak dengan abah saya, cukuplah selama bertahun-tahun hidup ni kecewakan mereka.

“Saya takut saya letak harapan yang tinggi sangat dan bila mereka tengok kecewa, tambah lagi duka berbanding of gembira.

Advertisement

“Saya juga segan dengan mereka sebab saya rasa yang saya sentiasa memgecewakan mereka. Perkara itu sedikit sebanyak mendorong saya untuk tidak bercerita

“Saya merasakan kalau saya berada lama dekat kampung halaman, dekat rumah itu, saya rasa macam saya lagi memalukan mereka daripada membanggakan mereka untuk satu jangka masa yang lama,” katanya kepada Gempak.

Dai berkata demikian ketika ditemui pada program Santun Pelajar yang bertempat di UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Namun begitu, pelakon KUDRAT 1968: High Council ini mengerti akan impian kedua orang tuanya yang hanya mahukan yang terbaik buat masa depannya.

“Impian orang tua saya nak yang terbaik. Dia sama ada nak doktor, jurutera mahupun peguam.

“Sebelum ini saya hampir menjadi peguam dan dah buat mereka gembira tapi kemudiannya saya masuk dalam industri hiburan

“Jadi saya faham. Mana-mana ibu bapa pun, faham industri kita punya entertainment macam mana. Dia tak betul-betul menjamin.

“Dia risaukan anak dia. Dia takut, kita makin berumur, takkan aku nak tinggalkan dia dengan rasa kerisauan tu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Dai Fuad bersyukur apabila projeklakonan yang dilakukannya sejak akhir-akhir ini membuahkan hasil dan pastinya dapat mengubat sedikit rasa bimbang kedua ibu bapanya.

“Tapi tahun ni, Alhamdulillah. Bila balik tu, dia rasa lain. Rasa macam semua itu terubat sikit lebih-lebih lagi tahun ini.

“Bila keluarnya naskhah yang saya lakonkan itu, yang mampu memberikan senyuman kepada mereka. Jadi saya akan cuba jadi yang lebih baik,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement