Sekilas
- Datin Intan Najuwa sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) tetapi terpaksa tangguh selepas hamil anak sulungnya, Lunara.
- Intan bercadang untuk menyambung semula pengajiannya apabila keadaan mengizinkan dan berseloroh mengenai proses otak yang perlu kembali berfungsi.
- Intan berkahwin dengan Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 dan kini mempunyai dua anak perempuan, Lunara dan Laudya.
Pelakon, Datin Intan Najuwa mendedahkan dia masih belum menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang.
Menurut Intan, dia kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Bachelor of Laws atau LLB), namun terpaksa menangguhkan pengajian tersebut selepas hamil anak sulungnya, Lunara.
"Ada orang tanya saya dah habis belajar ke. Tak habis guys. Bukan senang ya.
"Saya tengah buat LLB (Bachelor of Laws), tapi separuh jalan lepas tu pregnant Lunara.
"Pastu ingat nak break sekejap je, eh tiba-tiba keluar Laudya," katanya.
Dalam pada itu, Intan turut berseloroh mengenai perancangannya untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh selepas keadaan mengizinkan.
"Nantilah eh mommy sambung balik. Tunggu sel-sel otak berhubung kembali," ujarnya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lunara yang dilahirkan pada Disember 2024 dan Laudya pada 2026.