Skip to main content

Budaya Popular

Genggam Dan Cium Baju Abam, Runtun Hati Lihat Fad Menangis Peluk Achey

fad-achey-bocey-abam.jpg

Pelawak Fad Bocey tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
 
Sebaik sahaja ternampak rakan baiknya dipintu keluar KLIA, Fad terus meluru dan memeluk Achey.
 
Pada mulanya Fad kelihatan tenang namun air matanya gugur sewaktu memegang baju arwah Abam yang dibawa Achey.
 
Paling meruntun hati apabila kedua-dua sahabat itu menangis ketika mencium dan mengenggam baju Abam.

Must-Watch Video

Advertisement