HIBURAN

Giliran Hongki F.T Island Pula Jalani Latihan Ketenteraan Hujung September

gempak
Mya Amri
28/08/2019
11:16 MYT
Sponsor Banner
Giliran Hongki F.T Island Pula Jalani Latihan Ketenteraan Hujung September
Anggota kumpulan K-Pop F.T Island, Hongki bakal menjalani latihan ketenteraannya pada penghujung September depan.
Berita itu disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya, FNC Entertainment satu kenyataan semalam.
“Benar, Hongki bakal memulakan latihan ketenteraannya pada 30 September depan,” ujar wakil syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Hongki juga telah muncul dengan album solo terbaru Do N Do tahun lalu sebagai hadiah kepada peminat sebelum memasuki tentera.
Selain itu, Hongki juga terlibat dengan teater muzikal berjudul I Love You tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Hongki akan mengundur diri daripada teater tersebut selepas 10 hari untuk membuat persediaan memasuki latihan tentera.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024