HIBURAN
"Hadiah Yang Paling Indah Untuk Hari Lahir Saya .." - Isteri Amy Search
Isteri kepada penyanyi rock lagenda Amy Search, Nourish menyatakan ini merupakan hadiah hari lahir paling indah yang pernah diterimanya.
Nourish melahirkan rasa syukur apabila doanya telah termakbul serta tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini sentiasa mendoakan keluarganya.
"Hadiah yang paling indah untuk hari lahir saya terima kasih Allah swt . Doa yang terjawab aku redha dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami.
"Alhamdullilah. Thank you so much untuk mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga. Terima Kasih kakakku “my Superwomen“ @ermafatima tidak terbalas jasa kakak. We love you as always," tulisnya.
Di samping itu, Nourish turut memohon maaf kepada pelakon Nabila Huda kerana kurang memberi perhatian serta mendengar masalah yang dihadapinya.
"Abil @kupu_kupu kami mohon maaf selama ini kami kurang beri perhatian dan mendengar masalah you. Alhamdullilah semoga segala sengketa ni dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Aminnn. We love u too.
"Terima Kasih Bert kerana menjadi menantu yang baik dan banyak bersabar.
"@aku.amysearch After 16years finally untuak hadiah yang terindah. Terima Kasih untuk kejutan hari lahir ini sangat bermakna buat I, semoga ini akan mematangkan kita semua untuk hari yang lebih baik .
"Last but not least ahli keluarga dan sahabat-sahabat dan rakan instagram saya yang selalu mendoakan dan nasihat buat kami. Terima kasih," tulisnya lagi.
Baru-baru ini, tercetusnya kekecohan antara Nabila dan ibu tirinya berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.
Norish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.
BACA: “Berderai Air Mata Orang Tua Ni. Aku Peluk Dia Kuat-Kuat...”- Amy Search Cerita Detik Pertemuan Indah Bersama Nabila Huda
Must-Watch Video