HIBURAN
Hebatnya Siti! Rai Ulangtahun Perkahwinan Tun M & Tun Siti Hasmah Di Kediamannya Sendiri
Bukan biasa-biasa Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila dia berjaya mengundang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah ke kediamannya malam tadi untuk meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi pasangan paling berpengaruh itu.
Menerusi perkongsian di beberapa akaun Instagram keluarga dan rakan terdekat penyanyi nombor satu negara itu, Siti dilihat anggun mengenakan persalinan serba hitam sempena majlis itu.
Malah, Siti meluahkan rasa terharu menerima kunjungan daripada Tun M dan Tun Siti Hasmah ke kediamannya.
"Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai.
"Menzahirkan rasa hormat dan menghargai itu tidak terbatas syarat apa pun, tidak kira bagaimana caranya tetapi apabila dimaknakan, ia akan mengalir dengan sendirinya. Sederhana dan bermakna," tulis Siti.
Malah, kediaman Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa dihias indah dengan sentuhan pereka hiasan dalaman terkenal Reka Teemor.
Dalam keraian itu juga, Siti dilihat menghadiahkan Tun M hadiah istimewa sementara Tun Siti Hasmah sebuah biola selain mengalunkan beberapa lagu antaranya Janji Manismu khas buat tetamu yang hadir.
Tun Siti Hasmah turut mempersembahkan bakat beliau menggesek biola pada majlis terbabit.Siti siap buat mcm konsert smalam yaJanji ManismuPersembahan Istimewa dari Biduanita Agung Negara, Siti Nurhaliza sempena Majlis Istimewa untuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah di kediaman beliau dan suami.@CTNurhaliza11 #BiduanitaAgungNegara pic.twitter.com/P3iics5CqE— BOLD (@LoveSiti11) August 14, 2019
Kerendahan hati Siti untuk meraikan Tun M dan Tun Siti Hasmah dipuji netizen menerusi perkongsian Tweet peminat Siti di media sosial.
Malah, Siti mempesonakan peminatnya dengan menyarung tudung bawal hitam sekali lagi selepas sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini. Nampak semakin muda kata netizen!Bayangkan kau sehebat Siti Nurhaliza,Buat majlis khas untuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah di rumah kau sendiri.Wanita Paling Berpengaruh Malaysia bersama antara Pemimpin Berpengaruh Dunia.@CTNurhaliza11 @chedetofficial pic.twitter.com/y2sTZUZPdS— BOLD (@LoveSiti11) August 14, 2019
Jom lihat foto-foto dan video menarik sempena majlis istimewa itu.
Must-Watch Video