Skip to main content

Hiburan

Tak Cover Macho, Yuna Rahim Puji Lakonan Zarif Ghazzi - "Memang Terasa Sungguh..."

Tak Cover Macho, Yuna Rahim Puji Lakonan Zarif Ghazzi - "Memang Terasa Sungguh..."

Sekilas

  • Pelakon Yuna Rahim memuji bakat lakonan Zarif Ghazzi yang mampu menghayati watak dengan ekspresi wajah natural dan bersahaja.
  • Yuna kagum dengan keberanian Zarif membawa babak sedih dan marah tanpa menjaga imej macho, menunjukkan keikhlasan dalam lakonan.
  • Netizen turut bersetuju Zarif adalah pelapis baharu yang berpotensi besar dalam industri seni tanah air.
Advertisement

Pelakon, Yuna Rahim meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan lakonan aktor, Zarif Ghazzi yang disifatkan mempunyai bakat besar dalam menghayati setiap watak yang dibawakan.

Menurut Yuna, Zarif berjaya menampilkan ekspresi wajah yang cukup natural dan bersahaja sehingga membuatkan penonton turut merasai emosi yang ingin disampaikan menerusi wataknya.

Advertisement

"Hebatnya lakonan Zarif Ghazzi. Dia tidak cuba mengekalkan imej macho ketika berlakon.

"Ekspresi wajahnya sangat ikhlas ketika membawa sesuatu watak. Antara pelapis baharu yang kami sokong. Teruskan usaha, dik!" tulisnya.

Malah, Yuna mengakui antara perkara yang paling menarik perhatiannya ialah keberanian Zarif memberikan sepenuh jiwa ketika membawa babak sedih mahupun marah tanpa cuba mengawal ekspresi wajah demi menjaga imej macho.

Advertisement

"Saya memang sangat memuji lakonan dia. Kalau babak menangis, dia tidak kisah wajahnya kelihatan tidak macho dan memang berikan sepenuhnya. Kalau marah pula, memang terasa sungguh-sungguh!" tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan Yuna dan menyifatkan Zarif sebagai antara pelakon baharu yang mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam industri seni tanah air.
 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement