Skip to main content

Hiburan

FFM35: Tiga Filem Astro Shaw Raih Lima Trofi, Papa Zola The Movie Menang Anugerah Khas

FFM35: Tiga Filem Astro Shaw Raih Lima Trofi, Papa Zola The Movie Menang Anugerah Khas

Sekilas

  • Astro Shaw menang lima anugerah menerusi tiga filem di Festival Filem Malaysia ke-35, termasuk Anugerah Khas Filem Box Office untuk Papa Zola The Movie.
  • Filem Malam Terlarang dan Tarung: Unforgiven masing-masing meraih dua trofi, manakala Abah Saya, Uncle Mike membawa pulang satu anugerah.
  • Penghargaan turut diberikan kepada semua pemenang, penerbit, pelakon, dan tenaga produksi atas usaha mereka dalam menjayakan filem-filem tersebut.
Advertisement

Astro Shaw meraikan lima kemenangan menerusi tiga filem pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), selain meraih Anugerah Khas Filem Box Office bersama Monsta menerusi Papa Zola The Movie.

Pada malam anugerah yang berlangsung di Istana Budaya, malam tadi, Malam Terlarang dan Tarung: Unforgiven masing-masing membawa pulang dua trofi, manakala Abah Saya, Uncle Mike meraih satu kemenangan.

Malam Terlarang memenangi kategori Kesan Khas Visual Terbaik menerusi Ameen Mustajab, manakala Aila Azizul dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan menerusi filem sulungnya itu.

Bagi Tarung: Unforgiven, Mierul Aiman membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Harapan, manakala Defenderz Action Team memenangi kategori Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.

Ezrie Gazali pula dinobatkan sebagai Pengarah Harapan menerusi filem cereka sulung arahannya, Abah Saya, Uncle Mike.

Melengkapkan pencapaian itu, filem animasi Papa Zola The Movie terbitan bersama Monsta dan Astro Shaw menerima Anugerah Khas Filem Box Office.

Astro Shaw turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, rakan penerbitan, barisan pelakon dan tenaga produksi, selain menghargai usaha serta komitmen mereka dalam menjayakan keempat-empat filem berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement