Skip to main content

Budaya Popular

Hey Aroha! Giliran Cha Eun -Woo Pula Datang Malaysia

cha-eun-woo-malaysia.jpg
Buat pertama kalinya penyanyi dan pelakon Korea, Cha Eun-Woo bakal hadir ke Malaysia sempena siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR.
 
Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo ini adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro iaitu anak syarikat Macpie Berhad.
 
Eun-Woo merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular di Korea Selatan iaitu ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment.
 
Eun-Woo memulakan kerjaya seninya pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.
 
Selain penyanyi, Eun-Woo juga telah membintangi beberapa drama dan web drama popular antaranya ‘To Be Continued’, ‘Sweet Revenge’ and ‘Hit The Top’ oleh KBS 2TV.
 
Bagaimanapun, nama Eun-Woo semakin dikenali selepas membintangi watak utama sebuah drama Korea popular berjudul ‘My ID is Gangnam Beauty’ yang mendapat sambutan luar biasa.
 
Susulan cetusan fenomena itu, Eun-Woo telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11.
 
Dalam perkembangan terbaru, Eun-Woo juga kini membintangi drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang ditayangkan baru-baru ini.

 
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR bakal menemui peminat pada 27 Oktober 2019 bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang.
 
Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).
 
AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf Cha Eun-Woo dengan pembelian tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro di MMspot Experiental Expo, Hall3, Mid Valley Exhibition Centre pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah!
 
Manakala pembelian secara online boleh dilakukan pada 5 Ogos 2019 bermula jam 12:00 tengah hari di www.macpieticketing.com dan aplikasi MMspot.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement