gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
HIBURAN
Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Hobi Dah Jadi Perkara Serius" – Tanam Cili, Ella Ceburkan Diri Dalam Bidang Pertanian

Asraf Aided
Asraf Aided
17/09/2019
10:32 MYT
Sponsor Banner
"Hobi Dah Jadi Perkara Serius" – Tanam Cili, Ella Ceburkan Diri Dalam Bidang Pertanian
Ratu Rock Negara, Ella kini menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman cili.
Menurut Ella, dia memandang pertanian sebagai satu bidang penting yang mendatangkan pelbagai kebaikan serta keuntungan.
"Sekarang saya aktif dengan aktiviti pertanian, dahulunya bercucuk tanam hanya satu hobi, sekarang ia telah menjadi satu perkara serius untuk saya.
"Setakat ini, saya telah menanam cili secara komersial, bagi saya, jika saya serius dalam bidang pertanian, ia boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan keuntungan," katanya kepada Gempak.
Ella berkata demikian ketika ditemui di konsert Mingguan Muzik Malaysia (MMM) bertempat di Dataran Merdeka malam Ahad lalu.
Tambah Ella, dia kini sedang sibuk memenuhi pelbagai undangan persembahan dan beberapa konsert tempatan.
"Dalam kerjaya seni pula, saya kini sedang sibuk memenuhi undangan persembahan dan bebarapa konsert tempatan, Insya-Allah, saya merancang untuk mengadakan konsert jelajah tahun hadapan, tetapi semuanya masih dalam perancangan, semoga segala urusan saya dipermudahkan," tuturnya menutup bicara.
Konsert MMM telah mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan banyak lagi.
Malam itu turut menyaksikan persembahan hebat dari Faizal Tahir, Ayda Jebat dan beberapa artis tempatan yang lain.
Topic Berkaitan
#Ella
#Ratu Rock Negara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement