Skip to main content

Budaya Popular

“I’m So Happy Sayang, Alhamdulillah” – Fattah Amin & Fazura Tunai Umrah

untitled-design-2019-12-27t180735-696.jpg
Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan isterinya Fazura kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 29, berkongsi sekeping foto momen manis mereka berdua di Madinah.
 
“Dimana sahaja anda berada, doa dan ingatan kami akan sentiasa bersama anda, Insya-Allah,” tulis Fattah sebagai kapsyen.
 
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada para pengikut dan rakan selebriti memandangkan inilah kali pertama pasangan itu menunaikan umrah sebagai suami isteri.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Where ever you are, our prayers and thoughts will always be with you. InshaAllah

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Malah, rata-rata wargamaya turut tumpang gembira dan bersyukur melihat perkembangan pasangan popular tersebut.
 
“Alhamdulillah, semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga doa-doa Fattah dan Fazura dikabulkan oleh Allah SWT,” komen seorang wargamaya.
 
“Masya-Allah, Semoga Allah SWT mempermudahkan ibadah dan segala urusan kalian,” doa seorang wargamaya.
 
“Syukur, selamat menjadi tetamu Allah. Semoga Fattah dan Fazura memperoleh umrah yang mabrur,” kata seorang wargamaya lagi.
 
Sekadar info, Fattah dan Fazura, 36, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
 
Pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka November lalu.
 

Must-Watch Video

Advertisement