Guru agama sekolah swasta Zul Afkar Al-Husna Yusoff, 29, dinobatkan sebagai juara pertandingan Tukang Karut Gegar Deeja yang menutup tirainya petang semalam.
Afkar telah menumpaskan tiga finalis Tukang Karut Gegar Deeja, Muhammad Nur Adha, Putra Amirul Mukmin dan Mokhtarudin Ismail sekali gus membawa pulang wang kemenangan RM3,000 berserta trofi.
Berkongsi perasaan gembira memenangi pertandingan itu buat pertama kalinya, kata Afkar dia kini sudah mampu menghela nafas lega dan tidur lena.
"Alhamdulillah, ini kemenangan sulung dan terbesar saya sepanjang menyertai pertandingan dikir barat dan diangkat pula sebagai Tukang Karut Terbaik. Memang tak sangka.
"Sekarang saya sudah boleh tidur lena," katanya kepada Gempak.
Afkar berjaya mengalahkan tiga pencabar terdekatnya menerusi tiga pusingan iaitu solo (tokoh Seman Wau Bulan), berpasangan dengan Mokhtarudin (tema: Hidup Berbudaya) dan solo spontan (cabutan topik jam).
Menariknya kata Afkar, kemenangan itu merupakan sebahagian daripada usahanya berdakwah kepada orang ramai dan penonton yang hadir pada finale Tukang Karut Gegar Deeja semalam.
"Inilah dakwahnya melalui pentas seni berdikir barat, apabila orang memandang seni itu secara negatif, sayalah berfungsi untuk membersihkannya.
"Sebab itu elemen lucah dan sensitiviti cuba dielakkan dalam 'mengarut'. Saya juga selitkan dalil dalam ayat-ayat saya ketika membuat persembahan.
"Ini cara saya merawat masyarakat dengan mengambil ubat dan selit dalam pisang.
"Mungkin tuah menyebelahi saya. Saya tak suka menggunakan agama tetapi agama mendisiplinkan kita daripada senikata, seni lagu dan tingkah laku atas pentas," tambahnya.
Kemenangan bapa kepada dua cahaya mata itu sekali gus melayakkannya menjadi artis naungan syarikat rakaman Eddie Hamid Entertainment.
Afkar yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang aktif dalam aktiviti dakwah dan keagamaan.
Tiga finalis lain Muhammad Nur Adha, Putra Amirul Mukmin dan Mokhtarudin Ismail masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000, RM1,000 dan RM500.
Melalui pencarian Tukang Karut Gegar Deeja, seramai 20 penyertaan diterima dan melalui proses saringan hingga 8 peserta mara ke peringkat separuh akhir dan empat sahaja ke pusingan akhir.
Kesemua finalis telah diadili oleh pelawak dan tukang karut popular Sabri Yunus, komposer Eddie Hamid, sasterawan negara, Dr. Lim Swee Tin dan pelakon merangkap duta Deeja Cosmetic, Hanez Suraya.