HIBURAN
Isteri Haziq Hussni Masuk Wad, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
Isteri kepada pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni, Ayunda Putri telah dimasukkan ke wad bersalin di Hospital KPJ Tawakkal sebentar tadi.
Menerusi entri di laman Instagram, Haziq telah memuat naik sebuah video memberi semangat kepada isterinya ketika berada di dalam wad bersalin.
"Sekarang masa untuk awak berjuang, you can do it," katanya dalam video tersebut.
Selain itu, Haziq turut memohon netizen untuk mendoakan isteri dan bayi dalam kandungan tersebut agar berada di dalam keadaan yang baik.
Haziq dan isteri telah mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia setahun.A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Sumber : IG Haziq Hussni
Must-Watch Video