Skip to main content

Indonesia

Dikritik Sudah Tua, Luna Maya Tak Terasa, Bidas: “Kalian Sedang Menghina Ciptaan Tuhan”

Dikritik Sudah Tua, Luna Maya Tak Terasa, Bidas: “Kalian Sedang Menghina Ciptaan Tuhan”

Sekilas

  • Luna Maya, pelakon dan model Indonesia berusia 43 tahun, menerima sindiran tentang penampilannya yang dianggap sudah tua namun tidak terasa hati dengan kritikan tersebut.
  • Dia menganggap proses penuaan sebagai sesuatu yang semula jadi dan perlu diterima dengan hati terbuka tanpa rasa malu atau rendah diri.
  • Luna menegur sikap negatif terhadap orang tua dan menegaskan bahawa menua adalah keistimewaan yang harus dihargai kerana tidak semua orang berpeluang mengalaminya.
Advertisement

Bintang Indonesia, Luna Maya pada satu saat sering dianggap sebagai simbol kecantikan wanita oleh kebanyakan orang.

Namun kini, saat usianya bertambah, aktres dan model itu mula menerima sindiran tentang penampilannya.

Advertisement

Isteri Maxime Bouttier ini sering disindir sudah kelihatan tua dan tidak lagi menarik.

Ironi, pemegang watak Suzanna dalam beberapa saga filem tersebut sudah berusia 43 tahun. Secara semula jadi juga memang Luna sudah mengalami proses menua.

Memberi respons terhadap kritikan yang mula diterima, Luna mengaku tidak sedikit pun terasa hati. Dia sebaliknya
menyifatkan perubahan fizikal yang dialami sebagai proses semula jadi yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Advertisement

Luna juga berkata kemunculan tanda-tanda penuaan seperti bintik hitam pada wajah bukan sesuatu yang perlu membuatkan dirinya berasa rendah diri atau malu.

“(Ada bintik hitam) ya, tidak mengapa. Namanya juga proses, saya tidak terganggu,” katanya seperti dipetik Intens Investigasi.

Menurutnya lagi, dia tidak mudah terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap penampilannya kerana menyedari setiap manusia akan melalui proses penuaan.

“Mungkin orang mahu mengejek, tetapi saya tidak terganggu. Ini memang proses kehidupan yang perlu dinikmati. Kita harus menerima dan menghargai diri sendiri,” katanya lagi seperti dilaporkan Kompas.

Sebelum ini, Luna juga pernah berhadapan dengan komen negatif netizen mengenai penampilannya ketika melakukan siaran langsung di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dirinya tidak tersinggung dengan kritikan berkenaan, malah mengakui mungkin akan berasa lebih sensitif jika menerima komen sedemikian ketika usia masih muda.

“Saya tidak tersinggung. Kalau umur saya masih muda, mungkin saya akan tersinggung. Tetapi sekarang, saya anggap perkara itu biasa sahaja,” katanya.

Luna turut menegur sikap segelintir individu yang gemar menghina orang lain berdasarkan penampilan fizikal, khususnya mereka yang sudah berusia.

“Buat orang yang suka menghina orang tua, kalian sebenarnya menghina ciptaan Tuhan. Dialah yang menciptakan manusia, daripada bayi hingga menjadi tua. Semua itu adalah ciptaan-Nya,” tegasnya.

Bagi Luna, penuaan bukan sesuatu yang perlu ditakuti atau disesali, sebaliknya merupakan satu keistimewaan yang tidak semua orang berpeluang merasainya.

“Menua itu satu keistimewaan. Menua bermakna kamu berpeluang merasai fasa kehidupan yang luar biasa.

“Menua adalah kitaran yang diciptakan dan kita wajib menikmatinya. Ia adalah sesuatu yang sepatutnya kita lalui dalam kehidupan, sedangkan belum tentu semua orang mendapat peluang itu,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement