HIBURAN
"Kadang-Kadang Jual Baju, Niaga Nasi Lemak, Ambil Tender Kanopi Orang Kahwin & Bancuh Sirap" - Adibah Noor
Penyanyi Adibah Noor menjelaskan dirinya masih aktif dalam lapangan seni.
Jelas pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, dia masih menyanyi dan sering diundang untuk mengacarakan program korporat dan seminar.
"Saya masih menyanyi, mengacara untuk acara-acara korporat, seminat dan konvensyen," tegasnya.
Namun, apa yang lebih menarik apabila Adibah secara berseloroh turut melakukan beberapa aktiviti lain selain menyanyi dan mengacara.
"Kadang-kadang jual baju, niaga nasi lemak, ambil tender kanopi orang kahwin dan bancuh sirap," tulisnya menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.
Adibah menjawab pertanyaan salah seorang pengguna di laman sosial terbabit yang ingin mendapatkan kepastian aktivitinya terkini.saya masih menyanyi, mengacara utk acara2 korporat, seminar, convention...kadang2 jual baju..niaga nasi lemakambik tender canopy orang kahwin...bancuh sirap...heheheheheh https://t.co/ZjgeurWp9I— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) January 24, 2019
Jenaka Adibah itu menghiburkan peminat setianya malah ada yang mencadangkan Juara Lagu Anugerah Juara Lagu ke-21 itu membuka kelas tuisyen bahasa Inggeris kepada yang individu yang memerlukan.
Why not?
Must-Watch Video