Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dan Alif Satar telah diundang sebagai tetamu jemputan dalam program MeleTOP malam tadi.
Menariknya, Neelofa mendedahkan tentang 'rahsia' pemilihan hos pada peringkat awal penghasilan program MeleTOP.
Menurut Neelofa, Aznil yang mesra disapa sebagai Pak Nil itulah yang telah mencadangkan namanya bersama Nabil dan Alif kepada pihak produksi.
"Sebenarnya, Pak Nil yang mencadangkan nama saya, Nabil dan juga Alif kepada pihak produksi.
"Kalau bukan sebab Pak Nil, tiadalah kami di sini," kata Neelofa dalam program berkenaan.
Sementara itu, Pak Nil memberitahu dia telah terlibat dalam proses menghasilkan program MeleTOP pada tahun 2012.
"Saya terlibat dalam proses awal menghasilkan program MeleTOP ini, pada mulanya, hos MeleTOP sepatutnya ada tiga orang iaitu Neelofa, Nabil dan Alif," ujarnya.
Dedah Pak Nil, dia mencadangkan nama Neelofa ketika itu kerana merasakan hos jelita itu akan menjadi wajah kesayangan di televisyen.
"Saya mencadangkan nama Neelofa beberapa tahun lalu kerana saya sudah nampak dia akan menjadi wajah kesayangan di TV.
"Kalau dahulu kita ada Ras Adiba Radzi dan Normala Samsudin, sekarang kita ada Neelofa," tambah Pak Nil.
Baru-baru ini, Neelofa telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan berundur dari mengendalikan program MeleTOP selepas tamatnya tahun ini.
Neelofa dan Nabil digandingkan untuk mengemudi MeleTOP sejak tahun 2012.
MeleTOP memasuki usia lapan tahun pada November 2019.
BACA : Selepas 7 Tahun, Neelofa Undur Diri Dari MeleTOP!