HIBURAN
"Kalau Haqiem Berhenti, Saya Pun Akan Berhenti Menyanyi" - As'ad Motawh
Penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.
Memetik kenyataan As'ad di ruangan Twitternya, penyanyi lagu Senyum itu meluahkan hasratnya susulan kenyataan yang dikeluarkan Haqiem baru-baru ini.
"Kalau Haqiem Rusli berhenti menyanyi saya juga akan ikut sama berhenti menyanyi juga," tulisnya.
If @HaqiemRusli stops singing i will stop singing as well.— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 18, 2018
Tambah As'ad, dia mahukan pengikutnya menghargai dirinya kerana hasil kerja seni bukannya kerana rupanya.I said IF Haqiem stops singing! “IF”— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 19, 2018
"Saya mahukan peminat-peminat saya menghargai saya kerana seni bukan kerana rupa," tambah As'ad.
I want my supporters to appreciate me for my art not just my looks.— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 18, 2018
Bagaimanapun, kenyataan As'ad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menyokong keputusannya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli tampil dengan pendedahan mengejutkan bahawa dia mengalami depresi sejak awal tahun.
Haqiem memberitahu keputusannya untuk berhenti daripada dunia nyanyian akan dimaklumkan pada awal Julai nanti.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @asadmotawh
Must-Watch Video