Budaya Popular "Ketika Jadi OKU, Ramai Kata Saya Pura-Pura... Saya Ditohmah, Difitnah" - Ras Adiba Radzi Amri Hassan 06/05/2020 | 17:30 MYT Hari memaafkan. Pada 2002 tika saya menjadi OKU, ramai yang mengatakan saya tidak sakit dan yang saya berpura-pura. Mereka berkata begitu kerana mungkin tidak faham keadaan saya dan apa yang sebenarnya melanda diri saya. Saya ditohmah dan difitnah. Payah sungguh keadaan saya dan keluarga ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya hanya mendiamkan diri. Malas mahu menerangkan keadaan sebenar kerana ketika itu saya sedang sukar kerana terkejut, bergelut dengan apa yang berlaku pada badan saya. Saya menjadi tidak keruan. Justeru hari ini setelah sekian lama saya ingin memberi pencerahan mengenai keadaan fizikal saya. Saya ingin memaafkan mereka yang berkata dan berfikiran buruk terhadap saya. Saya seorang OKU yang lumpuh separuh badan atau seorang Paraplegic. Dengan fizioterapi, saya mampu membawa kereta dan berenang menggunakan tangan (kaki saya akan jatuh ke dalam air ketika berenang) Pergerakan saya terbatas dan saya berharap kepada kerusi roda untuk bergerak. Jadi di saat ini, saya ingin maafkan kalian yang tidak tahu keadaan sebenar dan kalian yang berkata buruk terhadap saya dan menfitnah saya selama ini. Semoga selepas ini semua faham dan jelas. Saya maafkan dan sayang kalian semua. ? A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on May 5, 2020 at 3:14pm PDT Topik Berkaitan #Ras Adiba Radzi #Fitnah #OKU Must-Watch Video Read more