Sekilas
- Reen Rahim berpendapat lelaki boleh sayang dan ambil berat tentang ibu walaupun sudah berkahwin, asalkan faham tanggungjawab sebagai suami.
- Lelaki yang ada ilmu akan tahu beza kedudukan dan hak ibu serta isteri dalam rumah tangga.
- Reen sendiri tidak kisah jika suami terus beri perhatian kepada ibu selepas berkahwin, asalkan keutamaan jelas.
Pelakon, Reen Rahim berpendapat tidak salah untuk seorang lelaki menyayangi dan mengambil berat tentang ibunya meskipun sudah berkahwin, namun perkara paling penting adalah memahami tanggungjawab serta keutamaan selepas bergelar suami.
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, jelas Reen, lelaki yang mempunyai ilmu dan memahami tanggungjawab dalam rumah tangga pastinya tahu membezakan kedudukan serta hak seorang ibu dan isteri.
“Sebenarnya anak mak yang ada ilmu itu. Dia faham, dia memang anak mak, saya juga anak mak. Tapi dia ada ilmu yang mana lepas kahwin tanggungjawabnya mana, prioriti-nya mana.
“So, okey, you silalah jadi anak mak dan saya pun sangat support dia untuk sayang mak dia.
“Yang bahayanya anak mak yang tak ada ilmu ini. Ah, itu yang duit bini, duit laki, duit laki, duit mak. Cerita TV berapa tu?” katanya.
Tambah Reen, dia sendiri tidak mempunyai masalah sekiranya suami terus menyayangi dan memberikan perhatian kepada ibunya selepas berkahwin.