HIBURAN
Kurang Seminggu di YouTube, Hajat Raih Lebih 1 Juta Tontonan & Trending #1
Kurang seminggu dimuat naik di laman YouTube, muzik video lagu terbaru nyanyian Hael Husaini, Hajat berjaya mencatat rekod tersendiri.
Dimuat naik pada 27 Julai lalu, Hajat telah meraih 1.1 juta tontonan dan berada di kedudukan pertama carta trending YouTube.
Muzik video yang turut menampilkan Syuhaida Abraz (Dottie), Sherry Alhadad dan Happy Polla juga menjadi bualan di laman sosial.
Ramai yang mula meniru gerakan tarian Hael, Dottie, Sherry dan Polla dalam muzik video tersebut dan menamakan ia sebagai #HajatDanceChallenge.
A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on
Hajat merupakan single ketiga Hael selepas Jampi dan Haram. Lagu Hajat merupakan hasil ciptaan Hael sendiri bersama komposer Ezra Kong.A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on
Teks: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video