Skip to main content

Budaya Popular

Lelaki 41 Tahun Sah Jadi Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus!

coronamalaysia.jpg
Advertisement
Selepas 'dihujani' dengan pelbagai kebimbangan, Malaysia akhirnya terpalit dengan satu kes koronavirus yang membabitkan rakyat tempatan.
 
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia 41 tahun telah menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV).
 
Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
 
Jelas beliau, mangsa menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di negara jiran pada 16 hingga 23 Januari lalu.
 
Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam 'home surveillance' selama 14 hari.
 

Must Watch Video

Advertisement