HIBURAN
"Maaf Saya Tak Baik ..." - Niezam Zaidi
Pelakon Niezam Zaidi meletakkan kesalahan pada diri sendiri berkaitan kemelut perpisahan dengan aktres Nonny Nadirah.
Menurut Niezam, 28, keputusan untuk tidak meneruskan majlis perkahwinan mereka adalah satu jalan yang terbaik.
"Maaf saya tak baik.. Kadang tu, apa yang kita rasa baik, tapi tidak baik untuk kita.
"Dan apa yang kita rasa tak baik, ianya baik untuk kita. Maaf saya tak baik, ini yang terbaik," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi Instagram (IG)nya, semalam.
Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar turut menitipkan pesanan kepada Nonny supaya menjaga dirinya dengan baik.
"ALLAH sentiasa ada dan awak jaga diri awak baik-baik," tulisnya lagi.
Pada Isnin lalu, Nonny mengesahkan hubungan percintaan dengan Niezam sudah terlerai menerusi Instagram Stories.

Must-Watch Video