Skip to main content

Berita

Dua Remaja & Seorang Bayi Terima Organ Buah Pinggang, Hati Muhammad Aidil

Dua Remaja & Seorang Bayi Terima Organ Buah Pinggang, Hati Muhammad Aidil

Sekilas

  • Tiga organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, iaitu dua buah pinggang dan hati, telah didermakan kepada tiga penerima termasuk dua remaja dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
  • Proses pemindahan organ dilakukan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, dan Hospital Sungai Buloh dengan keluarga menerima maklumat identiti umum penerima selepas kematian Aidil akibat kemalangan jalan raya.
  • Keluarga Aidil menghargai pengorbanan arwah dan berharap dapat mengetahui perkembangan penerima organ walaupun maklumat penerima adalah sulit, sambil menghadapi kesedihan kehilangan Aidil yang memberi impak besar kepada mereka.
Advertisement

Tiga organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, masing-masing dua buah pinggang dan hati didermakan kepada tiga penerima termasuk dua remaja serta seorang bayi lelaki berusia setahun.

Kakak Allahyarham, Siti Hajar, berkata, pihak keluarga dimaklumkan doktor Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengenai identiti umum penerima organ berkenaan selepas adiknya meninggal dunia malam kelmarin akibat kemalangan jalan raya pada Isnin lalu.

Advertisement

"Semalam kami dimaklumkan kedua-dua buah pinggang milik arwah adik kini milik remaja lelaki berusia 15 tahun dan remaja perempuan berusia 14 tahun.

"Proses pemindahan organ itu dikatakan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang semalam.

"Hati arwah adik pula kini berpindah kepada bayi lelaki berusia setahun di Hospital Sungai Buloh.

Advertisement

"Tiada apa yang diharapkan selain rasa syukur apabila insan lain diberi peluang untuk terus hidup dengan sihat hasil daripada sumbangan arwah adik," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Siti Hajar berkata, keluarga tidak mempunyai perancangan untuk bertemu penerima organ Allahyarham buat masa ini, namun berharap dapat mengetahui perkembangan mereka.

"Setakat ini kami sekeluarga tiada perancangan mahu berjumpa dengan penerima organ milik arwah Aidil, namun jika ada rezeki dapat tahu siapa yang dapat organ milik arwah pun itu sudah memadai.

"Kami hanya mahu tahu siapa sahaja kerana rasa bangga dengan pengorbanan Allahyarham, namun kita faham bahawa maklumat penerima itu adalah sulit atau rahsia," katanya.

Mengulas kehilangan adik bongsunya itu, Siti Hajar berkata, pemergian Allahyarham memberi kesan besar kepada seluruh keluarga, terutama ibu dan bapanya, apatah lagi mereka baru kehilangan nenek tersayang tiga minggu lalu.

"Kesedihan kehilangan nenek tiga minggu lalu belum terubat, kini kami berdepan kehilangan Muhammad Aidil pula.

"Ketika kematian nenek tiga minggu lalu di Senawang, Negeri Sembilan, kami dari Kelantan bergegas ke sana dan Allahyarham Aidil ketika itu turut masuk ke liang lahad menurunkan jenazah nenek.

"Tidak sangka kini kami pula meratapi sedih kehilangannya. Ibu ayah paling terasa kerana arwah adik tinggal bersama mereka dan arwah sangat manja dengan kami semua selain seorang yang sangat pemurah," katanya.

Jelas Siti Hajar, keluarga turut tidak menyangka pemergian Muhammad Aidil dan pengorbanannya mendapat perhatian meluas sehingga kisah Allahyarham menjadi perbualan ramai di media sosial.

"Apa yang saya boleh katakan adalah ucapan terima kasih kepada semua pihak dan mereka yang mendoakan Allahyarham Muhammad Aidil," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Aidil terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu sebelum disahkan meninggal dunia malam kelmarin.

Keluarganya bersetuju mendermakan organ Allahyarham dan pembedahan pendermaan organ dilakukan malam kelmarin di HPUSM. Kakitangan hospital turut memberikan penghormatan terakhir menerusi upacara 'Honor Walk.'

Bangunan HPUSM turut dipasang lampu hijau sebagai tanda penghormatan dan simbolik kepada proses pembedahan pendermaan organ berkenaan.

Sumber: Harian Metro

 

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement