HIBURAN
“Mai Kita Lawan Bulu Mata Siapa....” - Amboi Kalah Jebat, Lentik Betul Bulu Mata Sharnaaz
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian peminat selepas berkongsi fotonya sewaktu kecil.
Menariknya, Sharnaaz membandingkan foto tersebut dengan foto anak lelaki kesayangannya, Jebat Jaydeen.
Sharnaaz berkongsi foto itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Jebat Jayden vs pak hang, mai kita lawan bulu mata siapa lagi sempoi. Miss you my boy...
“Baba doa hang sihat sentiasa di dalam lindungan Allah dan membesar jadilah anak yang soleh...
“Jangan jadi macam baba tau... Yang buruk jangan ikut baba, yang naik tu semua dari Allah...” tulisnya
Bagaimanapun, wajah Sharnaaz yang comel dan bulu mata yang panjang membuatkan netizen tertarik.
“Second picture nampak macam baby girl bulu mata lentik,” komen pelakon Nina Iskandar
“Bulu mata boleh buat kipas ye,” usik @haziqhisham
“Pak hang lagi comel macam baby girl,” tulis @hajarhafiyzan
Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos 2018.
Must-Watch Video