Skip to main content

Budaya Popular

“Manisnya…” – Kongsi Foto Menutup Aurat, Sherry Alhadad Terima Pujian Rakan Selebriti

untitled-design-2019-08-29t182702-684.jpg
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mencuri perhatian peminatnya dengan tampil manis menutup aurat.

Menerusi laman sosial Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, berkongsi sekeping foto dirinya manis mengenakan baju kurung moden serta berhijab.

“Baju dari @syomirizwagupta tudung dari @annasalina_ #qurantaggirl,” tulis Sherry ringkas di ruangan kapsyen.

Selain netizen, perkongsian terbaru Sherry itu nampaknya menarik perhatian ramai rakan selebriti.

Rata-rata mereka teruja dengan penampilan terkini daripada Sherry dan ada yang turut mendoakan yang terbaik untuk pelakon tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baju dari @syomirizwagupta tudung dari @annasalina_ ❤️ #qurantaggirl

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


“Oloooo manisnya!” komen pelakon Mira Filzah.

“Wow... Assalamualaikum ustazah,” tulis Hazama.

“Uishh isteri mithali,” komen Zulin Aziz.

“Alhamdulillah anda kini satu daripada mereka,” ujar jurusolek Khir Khalid.

“WOW!” tulis Aman Ra ringkas.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 32,000 likes daripada pengikutnya.

Terdahulu, beberapa selebriti wanita popular telah memilih untuk berhijab antaranya Lisa Surihani, Serina Redzuan dan Nonny Nadirah.
 

Must-Watch Video

Advertisement