Skip to main content

Budaya Popular

"Masa Awak Hamil, Saya Mengidam Main Belon Air" - Saharul Ridzwan Throwback Kenangan Dengan Isteri, Siap Berbaju Pengantin Makan Mamak

saharul-pengantin-header.jpg
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi kenangan yang tidak boleh dilupakan bersama isteri, Qaabila Deena Emir sejurus selepas diijabkabulkan.

Dedah Saharul, mereka terpaksa menjamu selera di restoran mamak gara-gara terlalu lapar selepas majlis berlangsung.

"Hi sayang, ingat tak momen yang kita lapar betul selepas akad nikah? Terus saya bawa awak lari makan mamak.

"Dua-dua masih pakai baju pengantin baru, semua kat mamak pandang saja. Epik betul!" tulis Saharul berkongsi foto mereka di restoran makanan 24 jam itu.

Tambah Saharul, dia juga tidak boleh melupakan detiknya mengidam bermain belon air ketika isterinya berbadan dua.

"Masa awal hamil, tapi saya yang mengidam nak main belon air.

"Jadi, usunglah awak yang sarat mengandung pergi Shah Alam.

"Dan sekarang selepas tiga tahun bersama, terima kasih kerana menjadi seorang isteri, ibu kepada anak saya dan teman sejiwa saya.

"Banyak lagi perkara yang kita akan kongsikan pada masa akan datang dan saya tahu kita kuat apabila kongsi bersama sebagai satu keluarga," tambah Saharul.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi sayang @deenaemir, ingat tak #throwback moment yang kita lapar betul lepas akad nikah? Terus sy bawak awak lari makan mamak. ? Dua dua still pakai baju pengantin baru, semua kat mamak pandang je. Epic betul. Haaaa. Lepas tu masa awak pregnant ingat tak? Mengidam pulakk. Tapi sy yang mengidam, nak main belon air. So usung la awak yang sarat mengandung tu pergi Shah Alam. And nowww. After 3 years thru ups and downs, thank you for being my wife, mother to my son and my soulmate. Banyak lagi benda yang kita akan #ShareMoreTogether in future and sy tahu kita kuat when we share everything together as one family. I love you! Go to maxis.com.my/couples to find out what else you and your partner can share more of.

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Saharul dan isteri mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2.

Advertisement

Must-Watch Video