HIBURAN
"Memang Aku Sumpah Kau M*mpus" - Kamera Hilang, Kereta Qi Razali Kena Pecah
Pengacara kacak Qi Razali kehilangan sebuah kamera jenis Canon M50 apabila kereta miliknya dipecahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab malam tadi.
Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan tumpuan ramai di Bukit Bintang itu mencetuskan rasa bengang pelakon drama bersiri Blogger Boy itu.
"Just lost my camera. Someone broke the car window and took the bag.
"Why would you do something like that. You don't know how hard we worked to earn whatever we own.
"Just like that you take it away.
"I hope you find joy in the camera. It served me well.
"Now go get that time lapse I been planning to take," tulisnya menerusi kemaskini Instastories.

Qi turut mengemaskini status di laman sosial Twitternya berpesan untuk tidak terpedaya seandainya ada pihak yang menjual barangan terpakai miliknya.
"Siapa pecah kereta curi kamera aku memang aku sumpah kau mampus. Canon M50 kalau ada member jual please check tengok," tulisnya.
Nasib malang yang menimpa Qi itu mendapat simpati daripada pengguna media sosial yang mendoakan agar pengacara itu beroleh rezeki berganda pada tempat dan masa mendatang.Siapa pecah kereta curi camera Aku memang Aku sumpah kau mampus. . . Canon M50 kalau ada member jual please please check tengok.— Qi Razali (@QiRazali0808) March 14, 2019
Sabar okey!
Must-Watch Video