HIBURAN
"Menjadi Eh Kamal Dengan Uqasha" - Peminat Drama Suka Gandingan Teraju Utama Setelah Terlafaznya Akad
Selepas drama bersiri Curi-Curi Cinta melabuhkan tirai, karya baru arahan pengarah prolifik Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad (STA) menemui kaki drama.
Bersiaran di slot Megadrama bermula Isnin lalu, drama bersiri ini diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Drama bersiri ini merupakan adaptasi novel judul sama karya hebat penulis Ana Milia.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, drama bersiri STA telah berjaya meniti bibir peminat.
Kaki drama mula 'tersangkut' dengan STA dan memuji keserasian lakonan antara Kamal dan Uqasha.
Menjadi eh kamal adli dgn uqasha ?— ❤ (@_nsyzlna) June 18, 2019
Weh comel sangat uqasha dgn kamal hmmmmm#setelahterlafaznyaakad— opacarophile (@eyralapar) June 18, 2019
Bestnya drama Uqasha Senrose dengan Kamal Adli ni. ??— 아라피피 (@LyafifiAbuBakar) June 18, 2019
Gelak tak benti tgk Uqasha dengan Kamal ni hahahaha. #setelahterlafaznyaakad— Mama Tinie (@MrsTinie) June 18, 2019
Uqasha Senrose mesti tahan gelak je on set . . Kamal Adli tak boleh kelakar lagi ke ? Alaaaaaaa . . Dua2 masuk air??? . . Tak boleh brain laaa #setelahterlazafnyaakad #TeamNawal— Izy IzyanIzzaty (@HeyIzyan) June 18, 2019
Selain Kamal dan Uqasha, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.Best episod 1 Drama Setelah Terlafaznya Akad..episod pengenalan yg banyak babak lucu antara Uqasha dan Kamal Adli..serasi betul gandingan diorang berdua..#Lina Azlina 522@azlina522.— Lina Azlina522 (@azlina522) June 17, 2019
Jangan lupa saksikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Must-Watch Video