Skip to main content

Hiburan

Lembut Betul! Cara Bella Astillah Tegur Anak Bergaduh Raih Perhatian - “Perkara Yang Tak Dapat Follow”

Lembut Betul! Cara Bella Astillah Tegur Anak Bergaduh Raih Perhatian - “Perkara Yang Tak Dapat Follow”

Sekilas

  • Bella Astillah menegur anak-anaknya, Ayden dan Ara, dengan nada suara lembut ketika mereka mula bergaduh, menarik perhatian netizen di media sosial.
  • Video tersebut menunjukkan cara Bella mendidik anak-anaknya dengan penuh kesabaran dan kelembutan, berbeza dengan cara kebanyakan ibu bapa lain.
  • Rata-rata netizen terhibur dan memuji pendekatan Bella, malah ada yang berseloroh mereka tidak mampu menegur anak dengan cara sebegitu lembut.
Advertisement

Cara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menegur anak-anaknya, Ayden dan Ara ketika mereka mula bergaduh mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Threads, Bella dilihat menasihati kedua-dua anaknya dengan nada suara yang cukup lembut. 

Menurut seorang individu, dia mengakui sukar untuk membayangkan dirinya mampu menegur anak-anak dengan cara yang sama, apatah lagi apabila berdepan situasi yang boleh menguji kesabaran.

Advertisement

" Cara Bella tegur anak-anak bila nak mula bergaduh.

"Perkara yang tak dapat follow. Customer duk tanya berulang pun dah mula baran, dah tak ada istilah customer is always right," tulisnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara Bella mendidik anak-anaknya yang disifatkan cukup lembut dan penuh kesabaran.

Advertisement

Malah, ada yang berseloroh mengatakan mereka mungkin akan menggunakan nada suara yang jauh berbeza sekiranya berdepan situasi sama.

"Betul la YB selalu cakap Bella macam kucing. Tegur anak gaduh pun macam itu je. Aku anak seorang pun dia cakap aku macam harimau. 

"So Bella bukan Asian mom. 

"Aku kalau cakap lembut macam ini, mak aku bawa aku pergi berubat kampung. Serius cakap," kata seorang lagi netizen.

"Lurve-nyaaa. Nak jadi anak angkat Bella lah. Jadi kucing pun bolehlah. 

"Dia cakap dengan adik dia Didi pun lemah lembut kan. Ada satu video DD panggil, 'Kak Bella...' lepas itu Bella menyahut, 'Ya, dekk'. Intonasi suara macam ini juga. Saya kalau anak gaduh-gaduh macam ini, memang keluar suara singa. 

"Hahahahah! Aku kalau tegur anak-anak, dengan bapak dia sekali tak tahu nak buat apa. Berdiri salah, duduk salah. Kadang-kadang dia menyamar jadi pokok terus," komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement