Skip to main content

Hiburan

“Setiap Hari Balik Rumah Menangis” - Jaja Dedah Cabaran Sepanjang Sertai Suara THR Gegar, Tak Sangka Bergelar Juara

“Setiap Hari Balik Rumah Menangis” - Jaja Dedah Cabaran Sepanjang Sertai Suara THR Gegar, Tak Sangka Bergelar Juara

Sekilas

  • Jaja dinobatkan sebagai juara Suara THR Gegar dan berharap kemenangan ini menjadi langkah pertama dalam industri hiburan tanah air.
  • Cabaran terbesar Jaja sepanjang program adalah mengawal tekanan diri dan menyelesaikan tugasan secara spontan sebagai seorang penyampai radio.
  • Jaja memilih sut putih berinspirasikan budaya Kelantan untuk malam kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta trofi.
Advertisement

Finalis Suara THR Gegar, Jaja meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila berjaya dinobatkan sebagai juara.

Menurut Jaja, kemenangan itu diharapkan menjadi langkah pertama untuk dirinya mengembangkan bakat dan melangkah lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

"Masya-Allah, Alhamdulillah. Jaja sangat gembira dan teruja. Tak sangka Jaja daripada hari pertama sampailah hari ini dapat juga pegang gelaran juara.

"Sebab memang tak menjangkakan perkara ini memandangkan peserta lain semuanya hebat-hebat belaka. Jaja sudah buat yang terbaik dan Alhamdulillah.

"Moga ini menjadi langkah pertama untuk Jaja lebih mara dalam bidang yang Jaja pilih ini iaitu industri hiburan. Industri ini bukan mudah, tetapi insya-Allah Jaja tidak akan berputus asa," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Berkongsi pengalaman sepanjang menyertai program berkenaan, Jaja mengakui cabaran paling besar yang terpaksa dihadapinya adalah mengawal tekanan diri sendiri.

Menurutnya, pelbagai tugasan perlu diselesaikan secara spontan dan dalam tempoh yang singkat sepanjang program berlangsung, sekali gus memberikan gambaran sebenar mengenai cabaran bergelar seorang penyampai radio.

"Cabaran dia adalah untuk mengendalikan tekanan sendiri. Sepanjang tugasan ini, seperti yang semua tahu, berhari-hari kita mempunyai banyak tugasan yang perlu dibuat secara spontan dan on the spot.

"Jaja dapat melihat realiti sebenar menjadi seorang DJ. Tidak mudah sebenarnya. Kita dengar macam fikir nak jadi DJ itu mudah, tetapi hakikatnya tidak.

"Alhamdulillah, Jaja mampu juga mengawal tekanan walaupun setiap hari balik rumah menangis setiap kali habis tugasan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jaja turut berkongsi mengenai pemilihan busana yang digayakan pada malam kemenangan tersebut.

Mengakui mengambil masa untuk memikirkan penampilan yang sesuai, Jaja akhirnya memilih persalinan sut berwarna putih yang diinspirasikan daripada identitinya sebagai anak jati Kelantan.

"Jaja ambil masa juga untuk fikir pakaian apa yang nak dipakai malam ini. Tapi disebabkan Jaja anak jati Kelantan, Cik Siti Wan Kembanglah katakan.

"Jadi, Jaja memilih sut yang nampak bersih dan putih, tetapi membawa semangat untuk menjadi juara. Sebab itu Jaja rasa penampilan ini berbeza dan inilah cara Jaja untuk menghargai budaya Melayu kita. Mungkin itu menjadi tuah sebab Jaja rasa seperti sudah memberikan usaha untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Alhamdulillah, akhirnya," katanya lagi.

Jaja berjaya mengenepikan saingan empat peserta lain iaitu Puteri Awani, Muslim, Fatini dan Kelly untuk muncul sebagai juara Suara THR Gegar.

Menerusi kemenangan tersebut, Jaja membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula menjadi milik Puteri Awani yang menerima wang tunai RM1,500, manakala Kelly menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Fatini dan Muslim masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM500.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement