Pengacara dan pelawak, Jihan Muse berkongsi detik manis apabila berpeluang menyanyi bersama kumpulan nasyid lagenda, Raihan.
Pengalaman berkenaan dikongsi di entri instagramnya menerusi satu video berdurasi hampir 1 minit.
Menyanyikan lagu puji-pujian, Jihan dilihat sangat teruja apabila pertama kali berdepan mata dengan kumpulan terbabit.
"Ya Allah.. dulu masa kecik tengok filem Syukur 21 kat wayang. Petang2 ikut nyanyi lagu nasyid kat televisyen.
"Siapa yang tak kenal kumpulan nasyid no.1 Malaysia Raihan," katanya.
Menurutnya lagi, perjumpaan bersama kumpulan itu juga adalah kali pertama buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
"Alhamdulillah ini kali pertama dapat bertemu empat mata. Terima kasih @raihaninternational," katanya pada entri terbabit.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut merasai keterujaan dialami Jihan.
Malah tidak kurang juga yang memuji keserasian suara Jihan menyanyi bersama Raihan.