Penyanyi remaja Haqiem Rusli menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan muzik video single terbarunya, What Can I Do For You meniru konsep muzik video Luar Biasa yang dihasilkan oleh Ismail Izzani tahun lalu.
Menurut Haqiem, persamaan mungkin terjadi diatas kapasiti lokasi yang kelihatan serupa tetapi itu tidak membuktikan muzik video What Can I Do For You meniru konsep muzik video Luar Biasa.
"Muzik video What Can I Do For You tak meniru mana-mana muzik video pun. Mungkin persamaan dilihat dari segi lokasi penggambaran, jadi ia kelihatan seakan serupa.
"Jika diamati, jalan cerita juga berbeza. Perbezaan itu boleh dilihat dengan jelas. Melihat dari segi lagu, Luar Biasa tidak menggunakan lirik Bahasa Inggeris sepenuhnya berbanding lagu What Can I Do For You," kata Haqiem.
Tambah Haqiem, dia juga tidak kisah dengan kritikan sesetengah netizen dan memandang perkara itu dari sisi berbeza.
"Nak cakap saya tiru Ismail atau benda-benda lain lagi, cakaplah. Saya tak kisah orang mahu mengata saya kerana sebelum ini saya pernah terpalit dengan perkara yang lebih teruk sehingga dibenci satu Malaysia.
"Apa yang penting, segala kritikan yang positif saya ambil sebagai satu perkara baik untuk penambahbaikan. Kalau ada yang salah, saya akan memperbaikinya tetapi jika perkara terbabit mengkritik untuk menjatuhkan, saya tak akan ambil peduli," kata Haqiem.
Setakat ini, muzik video What Can I Do For You yang dilancarkan pada 21 Mac lalu mendapat lebih 554,000 tontonan serta menduduki tempat ke-37 di carta trending laman YouTube.