Skip to main content

Selebriti

Amir Raja Lawak Kini Dalam Fasa Pemulihan - “Tak Sanggup Nak Bayangkan Dah, Kahak Berdarah, Tak Cukup Nafas, Pakai Mesin Oksigen…”

Amir Raja Lawak Kini Dalam Fasa Pemulihan - “Tak Sanggup Nak Bayangkan Dah, Kahak Berdarah, Tak Cukup Nafas, Pakai Mesin Oksigen…”

Sekilas

  • Pelawak Amir Raja Lawak kini sudah pulang ke rumah selepas lebih dua minggu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat Influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Keadaan Amir pernah kritikal sehingga hampir ditidurkan, namun beliau berjaya pulih dengan rawatan dan sokongan keluarga serta doktor.
  • Amir menasihatkan orang ramai terutama bekas pesakit COVID-19 supaya menjaga kesihatan, rehat cukup, dan berwaspada dengan simptom penyakit serius.
Advertisement

Pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan dirinya sudah pulang ke rumah dan kini menjalani proses pemulihan selepas lebih dua minggu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Berkongsi mengenai penyakitnya, Amir berkata dia disahkan positif Influenza B dan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sehingga keadaan kesihatannya berada pada tahap membimbangkan serta hampir ditidurkan.

Advertisement


“Alhamdulillah. Dah discharged, diizinkan balik rumah. Terima kasih doktor, nurse, serta PPK yang jaga saya selama 2 minggu lebih saya kat HRPZ II KB ini ya.

“Saya disahkan kena influenza B positif dan ada jangkitan kuman di paru-paru. Nanti kena follow up untuk CT SCAN, check up dan XRAY,” kongsinya.

Jelas Amir lagi, segalanya berlaku secara tiba-tiba apabila dia mengalami demam berpanjangan sebelum disusuli serangan asma.

Advertisement

“Apa yang terjadi ini memang tiba-tiba, dalam masa yang singkat. Bermula dengan demam tak kebah, tiba-tiba asma, bila X-ray ada kuman dalam paru-paru.

“Betul saya hampir ditidurkan sebenarnya, tapi Umi saya bagitahu doktor supaya jangan tidurkan dahulu, tolong bagi apa-apa ubat lain sebagai usaha supaya tidak tidurkan saya dahulu

“Alhamdulillah, dengan Kuasa Allah, saya kini discharged dan kembali ke rumah walaupun masih belum 100% sihat lagi

“Saya pernah kena positif COVID-19 dan ditahan dihospital, apa yang saya boleh cakap yang saya kena influenza B positif ini lagi sedikit hebat ujian dia.

“Ditambah saya dahulu adalah pesakit positif COVID-19, jadinya ‘bekas kesan’ lama tu masih ada, dia senang nak lekat, bercampur pula kuman di paru-paru.

“Macam saya cakap sebelum ini juga, dia serang sendi dan dalaman,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, Amir menyifatkan pengalaman dijangkiti Influenza B kali ini lebih berat berbanding ketika dirinya pernah disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

“Allahuakbar, tak sanggup nak bayangkan dah dengan kahak berdarah, tak cukup nafas, pakai mesin oksigen melekat kuat pada muka, kena cucuk lagi.

“Hati-hati, jaga-jaga, beringat semua ye terutama bekas positive COVID-19.

“Apa pun, insya-Allah mudahan dengan berkat sokongan, doa, dari anda akan menguatkan lagi saya untuk kembali pulih, sembuh, sihat seperti sediakala, aamiin in shaa Allah.

“Kalau awak semua kata terkejut dengan berita tentang saya tempoh hari, saya sendiri yang alami ini lagi la terkejut.

“Saya cuba bertenang masa awal-awal tu, ada jugak saya cuba handle sikit-sikit hal kedai untuk persediaan apa-apa walaupun dalam keadaan dan kondisi dah drop.

“Last terus tak boleh nak buat apa, phone pun family pegang. Yela kan, benda pun dah last minute mana sempat handle semua dalam hari yang sama dan beberapa minit, jam yang ada je masa tu,” kongsinya.

Tambah Amir, pengalaman tersebut telah membuka matanya tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.

Amir juga tidak menafikan kesibukan menguruskan pelbagai perkara mungkin menjadi antara faktor dirinya kurang mendapat rehat sebelum ini.

“Banyak saya belajar dengan kejadian ini. Mungkin saya terlampau sibuk sangat tanpa dapat rehat dan tidur yang cukup.

“Dengan cara ini di samping Allah tunjukkan kekuasaNya yang mana apa saja dan bila-bila masa Dia boleh bagi dan boleh tarik, Allah juga nak bagi saya dapatkan rehat serta tidur yang cukup sebelum betul-betul aktif kembali.

“Apa pun, nikmat hidup dalam sihat memang tiada tandingnya. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan minum baik-baik semua ya,” coretnya.

Terdahulu, adik Amir memaklumkan abangnya masih dirawat di ICU selepas 11 hari berada di unit berkenaan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan Amir kini sedang berehat bagi memulihkan kesihatannya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement