Penyanyi Shiha Zikir akui namanya semakin dikenali selepas penglibatannya dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) baru-baru ini.
Menurut Shiha dia bersyukur kerana namanya masih lagi dikenali walaupun selepas 10 tahun berada dalam industri hiburan.
“Saya tak nafikan makin ramai yang kenal selepas sertai MLS. Terima kasih kepada pihak Astro kerana sudi memilih saya.
“Pada saya nama Shiha ni tak ada siapa pandang… Tapi bila dah diberikan peluang begini saya rasa sangat bersyukur,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengernai kerjayanya, Shiha berkata dia tidak mengejar populariti sebaliknya ikhlas memasuki bidang seni.
“Sejujurnya dalam bidang seni ni tak pernah cuba nak kejar populariti, saya masuk bidang seni untuk cari rezeki dan ikhlas.
“Populariti itu bukan keutamaan saya tapi kalau ada yang kenal… Alhamdulillah. Sekarang dah 10 tahun saya berada dalam industri,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Shiha yang merupakan anggota kumpulan Voices bersama Chiwan dan Sharif Zero tersingkir di minggu separuh akhir MLS yang bersiaran pada Ogos lalu.