Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Tanya Best Ke Jadi Anak Orang Kaya? Ini Jawapan Padu Cik B... Makan Dalam!

cikb_ig.jpg
Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, turut mempunyai peminatnya tersendiri.

Sering melayan peminat di laman sosial, Cik B sering melakukan sesi 'live' di laman Instagram.

Terbaru, sedutan video Cik B menjawab soalan netizen di Instagram menerusi ruangan soalan 'ask me a question' tular di laman sosial.

"Cik B, best tak kalau jadi anak orang kaya? I tak pernah rasa, should i be jealous?" tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, Cik B memberikan jawapan yang sangat matang!

"Miskin kaya rezeki masing-masing. Kalau tak di dunia, mungkin di akhirat. Kalau kita anak orang kaya tapi keluarga tak bahagia, baik kita miskin tapi keluarga bahagia," kata Cik B.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cik b sangat bermotivasiiii huhuhu

A post shared by Klip Terbaik dalam Insta (@klip.viral) on


Akaun Instagram miliknya, @cikb_havoc66 mengumpul 315,000 pengikut dan Cik B sering melayan peminatnya di laman sosial.

Must-Watch Video

Advertisement