Diam tak diam sudah setahun gitaris Kristal, Rody mendirikan rumah tangga bersama isterinya, penjaga gol skuad futsal wanita negara, Niena Azman.
Sempena setahun usia perkahwinan mereka, Niena telah memuat naik foto kenangan sewaktu majlis pertunangan mereka beserta kapsyen lucu dalam loghat Perak.

“Dah setahun rupanya, masa ni lain benor muka mike. Kenapa erk mike pilih teman jadi isteri? Bagi 5 sebab, sambil repost pic ni. Cepat! #imgolie #throwback #engagement,” tulisnya.
Dalam pada itu, sebagai membalas kembali soalan isteri kesayangannya, Rody juga telah berkongsi kembali foto tersebut di Instagramnya beserta jawapan.

“1. Awak seorang yang jujur dan seorang sepenuh hatinya menyintai saya!
“2. Awak seorang yang mengambil berat mengenai saya dan kesihatan saya!

“3. Awak seorang yang suka mengingatkan dan membebel sebab saya pelupa!
“4. Awak terima saya, famili saya seadanya walaupun saya pendek… Tiada harta… Tiada kerja tetap… famili first… Artis rock… InshaAllah… Satu hari nanti kita pasti dikurniakan rezeki… Saya janji takkan melupakan awak dan memenuhi permintaan awak!
“5. Sebab awak cantik di mata saya! Sejuk mata memandang! Love u sayang!” jawab Rody.
Niena dan Rody telah mendirikan rumah tangga pada 28 April lalu dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada Januari depan.
Foto: Instagram @rodykristal / @niena_azmann

Sementara itu, diruangan komen rata-rata pengikut mereka mendoakan hubungan pasangan sweet ini berkekalan hingga akhir hayat.