Skip to main content

Budaya Popular

'No Time to Die' Diumum Judul Filem Terbaharu Bond 25

jb_25.jpg
Judul rasmi filem James Bond didedahkan penerbitnya hari ini.

Filem Bond ke-25 itu bakal dikenali sebagai 'No Time to Die'.

Filem perisik ini bakal menyaksikan kemunculan semula Daniel Craig selaku Ejen 007 buat kali kelima dan terakhir.
Ia juga menampilkan pemenang Oscar, Rami Malik memegang karakter jahat.

Ralph Fiennes dan Ben Whishaw juga akan kembali masing-masing bagi watak M dan Q.

Filem itu diarahkan Cary Joji Fukunaga selepas pengarah sebelum itu Danny Boyle menarik diri.

"No Time to Die" dijadual tayangan pada April tahun depan.

Sumber: Astro Awani / Agensi

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video