HIBURAN
“Nyawa Bubu Dah 2 Tahun, Kenapa Cepat Sangat” -Syatilla Melvin
Putera sulung pelakon Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang kedua semalam.
Sebagai seorang ibu, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla juga tidak ketinggalan memberikan ucapan buat anak kesayangannya.
Kata Tilla, tiada apa yang diharapkan melainkan Syeriv menjadi anak yang soleh dan akan melindunginya sehingga akhir nyawa.
Luahan isteri aktor Shaheizy Sam itu dikongsi olehnya di akaun Instagram menerusi entri terbarunya.
“You are my anak soleh sayang. Insya-Allah amin! Happy birthday nyawa bubu 2 tahun dah awak. Kenapa cepat sangat masa bejalan.
“Doa bubu semoga awak sentiasa dilindungi Allah dari sebarang kesakitan dan segala perkara negatif!
“Selagi nyawa bubu masih ada, bubu janji akan protect awak lebih dari nyawa bubu. Moga awak membesar menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati bubu bapak.
“Sentiasa menghormati bubu bapak dan sentiasa hulur-hulur laaa sikit setiap bulan hahaha! Mintak semua aminkan! Amin ya rab anakku sayang… @syerivsamheizy,” tulisnya.
Sementara itu, Sam juga turut memberikan ucapan khas buat anak lelakinya itu.
“Hari ni ia dah 2 tahun!!! I love u ❤️. Celebrate depan fridge je. Senang bela la anak bapak ni @syerivsamheizy #090519,” tulisnya.
Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
Foto: Instagram @samtilla / @shaheizy_sam
Must-Watch Video