Skip to main content

Budaya Popular

"Okay Kita Halalkan Je Nanti .." - Ramai Wanita Ingin Jadi Isteri Nazim Othman

befunky-collage_73.jpg
Sepotong video pelakon Nazim Othman menyanyikan lagu nyanyian asal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, Haram menarik perhatian netizen.

Video itu dikongsi Nazim menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Kita halalkan je nanti," tulisnya sebagai kapsyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kita halalkan je nanti..~ ?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Kapsyen itu meraih perhatian netizen terutamanya golongan wanita yang mengusik Nazim di ruangan komen.

"@zulyanayahya: Baiklah saya tunggu saat penghalalan itu @nazimothman."

"@azal24: Ye bila ada jodoh..halalkan lah kita berdua..Aitt oppss."

"@puteryz: Alaa kanda."

"@mialiyon: Okay, kita halalkan je nanti ye bang."

"@teacher_nawa: Yea, saya pun halalkan juga."

"@sarahhfaizul: Jatuh iman..sat nak kutip."

"@af_aimanfathehah: Ahh tergolek iman saya tengok abang @nazimothman."

Namun, ada segelintir netizen yang memuji kesedapan suara Nazim serta membuat permintaan untuk dirinya menyanyikan lagu lain selepas ini.

Nazim mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama tempatan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement