Sekilas
- Syed Abdullah, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, mengakui trauma setiap kali melihat laut selepas hampir lemas sebelum ini.
- Dia pernah menjerit minta tolong tiga kali ketika hampir lemas, namun tiada siapa yang datang membantu.
- Syed Saddiq berjaya menyelamatkan Syed Abdullah tepat pada masanya, mengelakkan kejadian buruk berlaku.
Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah mengakui berasa trauma setiap kali melihat laut selepas pernah melalui pengalaman hampir maut akibat lemas sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Spacedollah berkata, pengalaman tersebut masih menghantuinya sehingga kini.
Menurut Dollah, dia pernah menjerit meminta pertolongan sebanyak tiga kali ketika hampir lemas, namun tiada sesiapa yang datang membantu.
“Sumpah dah paranoid tengok laut sekarang. Teringat masa nak mati lemas dulu.
“Jerit tiga kali mintak tolong. Nobody came. Sumpah time tu ingat dah nak mati. Siap dah mengucap,” kongsinya.

Bagaimanapun, kata Dollah, dia bersyukur apabila diselamatkan oleh Syed Saddiq tepat pada masanya untuk membantu daripada terus berdepan bahaya.
“Kalau bukan sebab Saddiq Sigaraga, Spacedollah dah jadi Hantudollah,” selorohnya.