Skip to main content

Budaya Popular

“Orang Kata Banyakkan Jalan Supaya Mudah Baby Keluar” - Niena Azman

niena-rody.jpg
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman kini sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak sulung mereka.
 
Kata Niena, dia akui tidak sabar untuk menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka.
 
Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Niena juga berkongsi petua untuk memudahkan proses kelahiran yang biasa didengarinya sebelum ini.
 
“Menanti saat-saat bermakna, orang kata banyakkan jalan dan exercise supaya lebih mudah baby keluar.
 
“Sekarang dah faham kenapa perempuan lagi kuat dari lelaki. Bukan senang tau nak carry berkilo-kilo. Doakan Niena ya. Counting day,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan bersalin Niena dipermudahkan.
 
Niena dan Rody telah mendirikan rumah tangga pada 28 April lalu.

Foto: Instagram @niena_azmann

Advertisement

Must-Watch Video