Skip to main content

Budaya Popular

Orlando Bloom & Katy Perry Sudah Sedia Timang Anak?

orlandokatybefunky-collage.jpg
Pelakon terkenal Hollywood, Orlando Bloom sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menimang cahaya mata.

Peminat Orlando tertanya-tanya reaksi kekasihnya, penyanyi popular Katy Perry kerana selama ini, Orlando dan Katy sangat mengutamakan privasi dalam hubungan mereka.

Menurut sumber, Katy tidak mahu menolak hasrat kekasihnya itu dan menyatakan dirinya sudah bersedia untuk semua keadaan.

"Sebenarnya, Katy tidak mahu berahsia lagi, dia sudah bersedia untuk berkahwin dan mempunyai anak," kata sumber.

Sebelum ini, Orlando telah mempunyai seorang anak yang bernama Flynn, 7, dari hasil hubungan bersama model terkenal Miranda Kerr.


Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org
 

Advertisement

Must-Watch Video