Skip to main content

Budaya Popular

"Penat Lah Nak Jawab Makcik Pakcik Yang Sibuk ..." - Shakilla Khoriri & Fizi Ali Akan Dedah Muka Anak Selepas 30 Hari

befunky-collage_335.jpg
Pelakon Shakilla Khoriri dan suami penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan akan berkongsi wajah anak mereka, Ameena Sofia selepas 30 hari dilahirkan.

Menerusi Instagram (IG) milik Ameena, pasangan ini menegaskan yang mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa bertindak sedemikian.

"Dalam rasa berkurun dan berjanggut rasa nak habiskan 30 hari,

"Pejam celik dah nak dekat 30 hari dah.

"Insyaallah perjanjian 30 hari selepas Ameena dilahirkan baru Umi & Daddy akan reveal and post gambar Ameena sejenis proper.

"Penat lah nak jawab makcik pakcik yang sibuk mengata Umi.

"Tak..Tak hebat pun anak saya ni untuk disorokkan muka sebelum umur 30 hari. Umi dan Daddy ada alasan tersendiri KENAPA," tulisnya.

Shakilla dan Fizi menyatakan akaun IG Ameena diwujudkan kerana ingin berkongsi banyak perkara bersama golongan ibu bapa yang lain.

"Umi & Daddy pun excited and tak sabar nak share every moments Ameena.

"Dan sebab tu jugak wujud account Ameena Sofia ni sebab selain Umi & Daddy kalau rindu-rindu boleh tengok video and gambar kat sini, boleh jugak Umi & Daddy share banyak perkara dengan Mommy & Daddy kat luar tu," tulisnya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

• Dalam rasa berkurun dan berjanggut rasa nak habiskan 30 hari, Pejam celik dah nak dekat 30 hari dah. . Insyallah perjanjian 30 hari selepas Ameena dilahirkan baru Umi & Daddy akan reveal and post gambar Ameena sejenis proper. . Penat lah nak jawab makcik pakcik yang sibuk mengata Umi. . . Tak..Tak hebat pun anak saya ni untuk disorokkan muka sebelum umur 30 hari. Umi & Daddy ada alasan sendiri KENAPA. . . Umi & Daddy pun excited and tak sabar nak share every moments Ameena. dan sebab tu jugak wujud account Ameena Sofia ni sebab selain Umi & Daddy kalau rindu2 boleh tengok Video amd gambad kat sini , boleh jugak Umi & daddy share banyak perkara dengan Mommy & Daddy kat luar tu.. ?

A post shared by AmeenaSofia (@ameenasofia_) on

Must-Watch Video

Advertisement