Mungkin ramai yang melihat dia sebagai seorang rocker. Tambahan lagi sejak membuka perniagaan sendiri, dia lebih banyak bercerita dan mempromosikan perniagaannya.
Tetapi sekali sekala Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman akan menulis dari hati tentang hal-hal peribadi di Instagramnya.
Terbaru, dia menulis pesanan seorang ayah kepada anak perempuannya, Sania Samara.
“Nanti satu hari kamu punya pilihan apa yang kamu inginkan dalam hidup dan aku cuma nasihati yang terbaik,” tulis Amy pada satu gambar beliau dan Sania di Instagram.
“Ada kala kamu bisa cuba sesuatu bukan dalam keinginanmu sebagai tangga ke impian mu.
Pesan Amy lagi, kejayaan yang dikecapinya kini adalah atas berkat doa ayah dan emak.
“Bila dah berjaya jangan sombong dan mendabik dada. Sepatah orang tua cakap dibalas dengan seribu patah yang penuh dengan kesombongan.
“Jangan dicaci kaum keluargamu dan jangan kamu lupa di saat kamu kesulitan keluargamulah akan berada di sisimu dan aku berada paling di depan untuk melindungimu.
Pesan Amy lagi agar jangan hanya disaat kesulitan bersama, tetapi tinggalkan keluarga apabila sudah mengecapi kesenangan hidup.
“Jika kamu lupa semua ini mana mungkin kamu mendapat keberkatan dari Allah swt. Kita tidak punya apa-apa tanpa doa ibu dan ayah.
“Moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa melindungimu,” tulis Amy.
Daripada empat perkahwinannya, Amy Search dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Nabila Huda, Irisha Myra, Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.