Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah mendapat kutipan sebanyak RM4.8 juta selepas hanya dalam masa lima hari tayangan.
Berita mengujakan itu dikongsi oleh Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram milik mereka hari ini.
"Boom!! RM4.8 Juta dalam masa 5 hari tayangan sahaja.
"Terima kasih kerana memberi sokongan sangat padu dengan memilih untuk menonton filem Sangkar yang sesuai untuk seisi keluarga.
"SANGKAR! Bukan sekadar pertarungan," tulis pengendali akaun di ruangan kapsyen.
Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.