gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Khimar Beli Di Mekah Antara Peranan Penting Dalam Titik Perubahan Diri Natasha Hudson - “Banyak Perkara Yang Telah…”
HIBURAN
Ajai Kongsi Keadaan Terbaharu Mamat, Doa Semakin Sihat Di Pengasih- “Kami Simpan Dia Untuk…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: LaLaLa Festival 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Raja Lawak Junior Cari Pelapis Pelawak Kanak-Kanak

Azwa Rahman
Azwa Rahman
31/07/2019
12:19 MYT
Sponsor Banner
Raja Lawak Junior Cari Pelapis Pelawak Kanak-Kanak
Sebuah rancangan pencarian bakat dalam bidang komedi, Raja Lawak Junior (RLJ) diperkenalkan untuk golongan kanak-kanak.
Seramai 10 peserta yang terdiri daripada 6 pelawak solo dan 4 pelawak berkumpulan akan bersaing di pentas RLJ musim pertama.
Akan dihoskan oleh Ajak Shiro dan Ain Edruce, peserta-peserta RLJ terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun.
Memetik kenyataan Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima dan Intrend, program ini khusus untuk mencari pelapis versatil dalam kalangan kanak-kanak.
“Kami sering melihat video kanak-kanak yang tular di laman sosial berunsurkan komedi dan jenaka.
“Jadi kami menyediakan platform untuk mereka menyerlahkan sisi kreatif dan potensi masing-masing,” jelasnya pada satu sidang media bertempat di The Love, Matic.
Format markah bergantung sepenuhnya kepada pihak juri tetap yang terdiri daripada Adibah Noor, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Berlansung selama 10 minggu, RLJ bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 10 Ogos 2019, jam 9 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124)
Topic Berkaitan
#Kanak-Kanak
#Program TV
#Raja Lawak Junior
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement